Johan Raja Lawak Di Serang Pengarah

Pelakon dan pengacara terkenal siri Raja Lawak, Johan cedera selepas terkena gelas kaca yang dilemparkan oleh seorang pengarah dalam satu pertengkaran di sebuah restoran di Taman Sri Pulai Sikamat di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 6.15 petang, Johan atau nama sebenarnya Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz, 26, dipercayai sedang berbincang di restoran tersebut selepas selesai sesi menjalani penggambaran sebuah drama.

Namun, sesi perbincangan itu bertukar menjadi pergaduhan sehingga pengarah berkenaan dipercayai membaling gelas yang ada di atas meja ke arah Johan sehingga menyebabkan kepala pelawak itu berdarah.
 
Info : Utusan Malaysia
CG : Cukup tak suke bile sesame rakan ni bergadoh. Kot ye pon marah jangan la sampai mencederakan rakan.

Aril AF7 Masuk Wad


Sape tak kenal dengan naib johan Akedemi Fantasi 7 yang ala-ala Japanese Style nie. Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam bin Pilus yang top dengan lagu Menatap Matamu nie sekarang tengah sibuk mengacara rancangan trek selebriti. Baru-baru ni gua dengar cerita yang Aril di masuk wad akibat demam panas yang tak sejuk-sejuk. Aril di masukkan ke dalam wad pada 20 Mei 2010 pada jam 12 tengah hari. Hasil pemeriksaan mendapati darah Aril di jankiti kuman.. Hurmm.. Macam-macam penyakit zaman sekarang nie kan?

Ape-ape pon sama-samalah kite doakan Aril semoga cepat sembuh yer.

Ceritera dari Indonesia

Salam semua, entri kali ni mungkin agak sopan dari entri-entri yang sebelumnya. Sebelumnya CG membahasakan diri sebagai gua tetapi hari ni tidak, "CG" adalah kata gantinama hari ini, bukan ape kalau pakai "gua" nanti dikata mencuri pulak kan.
Tengah CG usya-usya  facebook hari ni tiba-tiba CG terjumpa satu group yang bernama Anti-Malaysia, banyak post2 yang berbaur caci maki rakyat Indonesia kepada Malaysia, ada juga yang menceritakan sejarah Indonesia membantu Malaysia "KONONNYA" sewaktu Malaysia baru mula nak mencapai kemerdekaan, yang CG pelik takder pulak rakyat Malaysia yang nak buat group dan kumpul beribu-ribu orang untuk menghina negara lain. Sebenarnya tak la pelik sangat pon, sebab Malaysia mempunyai adab dan tatasusila di samping Malaysia berpegang kuat pada Agama Islam, itulah jawapannya.
Hari ini CG nak cerita sedikit ceritera sejarah Indonesia untuk di nilaikan balik dengan harapan, harap-harap apa yang berlaku sekarang ini dapat memberi teladan kepada kita semua.

Dalam isu ini Malaysia di gambarkan begitu jahat mencuri segala-galanya dari Indonesia, begitu juga dengan isu yang pernah hangat di katakan tahun lepas mengenai Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry yang kononnya mendera isterinya Manohara Odelia Pinot yang juga seorang model dari Indonesia. Dari kebanyakkan sumber yang CG perolehi Manohara nampak seperti biasa saja, malah ada yang mengatakan Manohara semakin gemuk. Adakah orang yang di dera boleh menjadi gemuk?? Kenyataan dari ibu Manohara iaitu Daisy Fajarina yang mengatakan kononya Tengku Muhammad fakhry melarikan Manohara ketika Daisy dan suaminya Jurgen Reiner Noack sedang mengerjakan umrah. Logik ke?? Dari Indonesia nak di larikan oleh seorang kerabat di raja ke Malaysia, boleh lepas ke?? Itulah tuduhan yang di lemparkan kepada Tengku Muhammad Fakry. Jadi bagaiman mana pula dengan kes gadis Malaysia di larikan ke Lombok?? Takde pon orang Malaysia yang buat demo dan membakar bendera Indonesia berkenaan dengan kes tu.

Kononnya juga Malaysia mencuri kebudayaan dari Indonesia sehingga di cop sebagai Maling. Itu kan sebenarnya salah faham aja. Isu tarian tradisi yang hangat di katakan itu di buat oleh sebuah ajen Swasta bukan dari kerajaan Malaysia. Tak sepatutnya isu itu di perbesarkan sehingga begini.

Apa yang paling menarik. Ketika CG cuba untuk bersoal jawab tadi di Facebook ada seorang brother dari Indonesia ni mengeluarkan statement yang kononya sewaktu awal kemerdekaan Malaysia, Indonesia menghantar Dokter, guru dan rakyat Indonesia untuk menjadi rakyat Malaysia bg membantu Malaysia. Itu kata brother tu la, dan ini pula sejarah yang telah tertulis. Sewaktu awal penubuhan Malaysia persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya "cubaan Indonesia menakluk Malaysia", dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. di manakah bantuan yang di katakan itu?? Bagaimakah bantuan kemanusiaan yang di hantar Malaysia ketika tsunami dan gempa bumi di Indonesia pula??

Katanya lagi, kononnya ketika Indonesia menentang penubuhan Malaysia, sebenarnya Indonesia menentang Inggeris dan bukan Malaysia boneka Inggeris. Betul ke?? Bagai mana pula dengan hubungan baik antara Indonesia dengan Penguasa Jepun ketika Malaysia di jajah Jepun?? Pada Julai 1942, Sukarno dilantik oleh Jepun untuk menjadi ketua negara jajahan mereka. Kenapa tak di tentang seperti mana nak menentang Inggeris?? Kononnya lagi Malaysia adalah negara pengganas, bagaimana pula dengan tahun 1950-an apabila Indonesia cuba untuk mendekatkan dengan Komunis yang akhirnya menjemput lebih ramai komunis dalam kerajaannya??

Jadi kesimpulannya takde sape yang baik dan takder sape yang jahat, tak semua orang di dunia ini sempurna. Tiada siapa yang layak untuk menghukum melainkan Allah S.W.T sahaja. CG menyeru kepada semua umat Islam di Indonesia dan Malaysia supaya menghentikan pertelingkahan ini, dalam Islam tidak pernah menyuruh kita berpecah belah sesama Islam. Islam menyeru kita bersatu padu menentang musuh Allah bukan menentang merebut kebudayaan. Kebudayaan hanya di dunia saja, tak di hitung di hari akhirat pon. Fikirkanlah....

Siapa sebenarnya Wong Fei Hung




Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu) . Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya. Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

Bangkok Hari Ini


Harap-harap tak jadi lah pekara begini kat negara kite.

Tentera Thailand gempur Baju Merah

Hari ni waktu gua tengah belek2 surat khabar gua terjumpa cerita dari negara jiran kite Thailand. Jadi gua nak share info yang gua dapat dari Utusan Malaysia ni untuk tatapan kite semua. Harap-harap negara kite tak jadi sampai macam ni.


Beberapa orang wartawan membantu rakan mereka serta seorang anggota tentera Thailand yang cedera selepas terkena letupan bom tangan ketika tenteta Thailand menggempur kubu kumpulan Baju Merah di Bangkok, semalam. - reuters


BANGKOK 19 Mei - Tentera Thailand menggempur kubu penunjuk perasaan antikerajaan di tengah kota Bangkok hari ini, mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang maut termasuk seorang wartawan Itali, manakala kira-kira 60 lagi cedera.
Tiga wartawan lain turut cedera.
Menurut saksi, sekurang-kurangnya enam mayat ditemui di dalam sebuah kuil Buddha, Wat Pathum Vanaram di zon protes.
Beratus-ratus penunjuk perasaan lari menyelamatkan diri ke kuil itu semasa tentera menggempur penunjuk perasaan antikerajaan. Tiga bom tangan meletup di luar tapak protes utama, menyebabkan seorang wartawan asing dan dua askar turut cedera parah.
Tindakan tentera itu memaksa para pemimpin Baju Merah menyerah diri kepada polis.
Penunjuk perasaan antikerajaan bertindak balas dengan melancarkan rusuhan dan membakar bangunan-bangunan penting di ibu negara Thailand ini.
Lebih 20 bangunan termasuk bangunan bursa saham Thailand, kompleks gedung membeli-belah kedua terbesar di Asia Tenggara iaitu Central World dan stesen televisyen Channel 3 dibakar menyebabkan kira-kira 100 kakitangan terperangkap di dalam bangunan itu.
Rusuhan turut merebak ke sekurang-kurangnya lima kawasan lain di bandar raya yang mempunyai 15 juta penduduk ini.
Bekalan elektrik terputus di Sukhumvit Road, kawasan yang menempatkan kompleks kediaman mewah dan biasanya sesak dengan pelancong, hanya beberapa jam selepas tentera mengumumkan situasi me libatkan penunjuk perasaan sudah terkawal.
Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva mengumumkan perintah berkurung di Bangkok mulai 8 malam ini (9 malam waktu Malaysia) sehingga 6 pagi esok (7 pagi waktu Malaysia) bagi membolehkan pasukan keselamatan menjalankan tugas mereka.
Kekacauan itu berlaku selepas tentera dengan bantuan kereta berperisai merempuh benteng tayar buruk dan buluh runcing yang didirikan oleh Baju Merah sebagai kubu mereka di tengah kota Bangkok awal pagi ini.
Tentera melepaskan tembakan senjata automatik dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang menduduki pusat perdagangan di ibu kota ini sejak lebih enam minggu lalu.
Ketika mereka mengepung kawasan protes utama itu, para pemimpin mereka membuat tawaran untuk menyerah diri sementara penyokong mereka menggesa mereka supaya meneruskan perjuangan.
Sejurus kemudian, siaran televisyen menunjukkan empat pemimpin Baju Merah berada dalam tahanan polis dan seorang jurucakap tentera mengumumkan tapak protes sudah dikuasai oleh tentera dan operasi tentera dihentikan.
Namun, tindakan itu ternyata gagal membendung kekacauan, setelah tercetus pertempuran jalanan sejak enam hari lalu antara penunjuk perasaan dengan tentera yang telah meragut 39 nyawa dan mencederakan 329 yang lain.
Keganasan turut merebak ke kubu Baju Merah di timur laut Thailand apabila penunjuk perasaan menggempur sebuah kompleks majlis perbandaran di bandar Udon Thani lalu membakar sebuah bangunan, dan sebuah lagi dewan perbandaran di Khon Kaen. - Reuters

Ceritera Mentor Musim Ke 4





Setelah genap setahun Black di tabalkan sebagai juara Mentor musim ke 3, kini mentor kembali lagi dengan barisan-barisan mentor yang meletop-letop seperti Mus May, Ziana Zain, Azmeer, Dayang Nurfaizah, Mas Idayu, dan Joe Flizzow yang akan berentap untuk mendidik protege-protege pilihan mereka.

Gua tengok protege-protege pada Mentor musim ke 4 pon bleh tahan kehebatannya seperti Nani ( Azmeer ), Shaq ( Mas Idayu ), Ayim ( Mus May ), Ila ( Jow Flizzow ), Mohd ( Ziana Zain ) dan Adi ( Dayang Nurfaizah ). Paling nampak agak sengit sikit persaingan antara Shaq dan Mohd la, kedua-dua orang ni suara diorang memamg perrghhh power beb. Cerita pasal Mohd ni, apa yang hebat dan gua agak respect sikit, pada konsert pertamanya  yang berlansung pada 16.5.2010, Mohd hanya melakukan persediaan selama kurang dari 48 jam, apabila penyertaan Thalia di batalkan oleh pihak Mentor atas sebab-sebab tertentu dan di gantikan dengan Mohd sebagai protege kepada Ziana Zain.

Dalam jurnal mentor apabila di tanya mengenai Thalia, Ziana Zain mengatakan "Thalia ni bagus ada potensi untuk terus pergi dengan lebih jauh, cuma Thalia masih belum bersedia sepenuhnya terutama dari segi mental". Inilah yang di katakan rezeki kepada Mohd, siapa yang sangka tiba-tiba di panggil kurang dari 48 jam untuk berlatih dan terus buat konsert pertama. Cayalah Mohd, ini mungkin boleh mengugat  Shaq yang di katakan kerap sakit kerongkong, kenape ni Shaq? Gua rasa mungkin sebab cuaca sekarang ni kot di tambah pula Shaq sentiasa nak kena melepaskan suara yang tinggi-tinggi, all the best juga gua nak ucapkan kat Shaq.

Mengenai dengan Ayim pula protege kepada mentor Mus May gua rasa Ayim kena cuba untuk memperbaiki vokal Ayim lagi, Rupa dah ada hensem dah tu, gaya seorang rockers memang dah terserlah, kalau vokal Ayim boleh lagi menyerlah memang cukup la kriteria seorang rockers. Gua memang mengharapkan yang lebih power dari Ayim. Pada konsert pertama Kumpulan B Ayim berduet bersama dengan Mentornya Mus May memang dah boleh gegar pentas dah, cuma gua agak frust sikit bila Ayim menyanyikan lagu Dari Kaca Mata, sebab gua membayangkan Ayim boleh bagi yang power punya, tapi sayangnya tak sampai. Tapi takpe ini baru permulaan, gua yakinlah Mus May dapat mendidik Ayim untuk jadi rockers yang hebat. All the best bro.  
( p/s : gua memang minat gila-gila punya dengan Abang Mus May ni, for Ayim kasi buat betul-betul ya jangan kecewa kan bro kite. )

Nani dan Ila gua nampak diorang ni ada cara diorang tersendiri dengan vokal yang tersendiri, paling gua suka dengar bila Nani menyanyi ada serak-serak basah sikit suara dia di tambah pula dengan music di gubah oleh Abang Azmeer, memang meletop la. Ila pon gua minat juga dengan vokal dia, memang Abang Joe Flizzow kita ni pandai memilih mentor, seorang rappers dengan protegenya yang menampilkan gaya seorang perempuan islam dengan imej bertudung memang gua tabik la kat bro. Apa yang menyebabkan gua kagum ngan Joe Flizzow ni, pada jurnal mentor kita dapat tengok Joe Flizzow mengotakan janji dia pada mamat yang marah-marah selepas Joe tak ambik dia sebagai protege hari tu. Joe berjanji akan duduk selama setengah jam untuk bagi ceramah kat dia, ternyata memang joe mengotakan janji dia, Memang gua respect la bro.

Cerita pasal Adi pula, gua rasa Adi pon mungkin boleh score juga kerana vokal Adi pon boleh tahan hebatnya, Adi mungkin boleh menjadi pesaing rapat kepada Shaq dan Mohd. So berhati-hatilah korang. So ape-ape pon gua ucapkan all the best untuk korang semua, buatlah yang terbaik untuk mencapai cita-cita korang, dan buat pegundi-pengundi ingatlah pesanan Allahyarham Din Beramboi "undilah mereka kerana bakat mereka dan jangan undi mereka kerana rupa kerana jika anda mengundi mereka kerana rupa mereka, mereka bukan nak ambik anda sebagai boyfriend atau girlfriend anda pon" so buatlah undian dengan bijak.

Rasa-rasa korang mampukah Mas Idayu mempertahankan title juara pada protegenya kali ini?? Sama-sama kita tunggu dan lihat saje lah nanti.

Mesin Masa ( Bahagian 2 )

Isu Merentas Masa Dikalangan Para Wali
Dikalangan para ulama hatta nabi sekali pun tidak berlaku ke atas mereka kemampuan “merentas masa”, inikan pula kita manusia yang penuh hina dan noda. Apatah lagi golongan kafir seperti Albert Einstein yang bercita-cita tinggi itu.
Hatta Dajjal sekali pun tahu masa tidak boleh diubah, yang berlalu tetap berlalu dan yang akan datang belum pasti lagi.

Setakat ini, belum lagi kita melihat ada dikalangan wali dapat pergi ke masa lampau atau masa hadapan. Terdapat isu seseorang yang istimewa atau mempunyai kelebihan psikik anugerah Allah.
Golongan ini dapat melihat masa lampau hanya dengan cara menyentuh barang-barang kegunaan orang lain atau memegang sesuatu objek atau melalui sesuatu kawasan. Ia perkara yang benar dan realiti.
Psikik tidak merentas masa
Psikik terkenal bernama Dorothy Allison (gambar) yang tinggal di daerah Nutley, New Jersey pernah membantu polis negeri dan FBI menyelesaikan kes jenayah misteri iaitu kes JonBenet Ramsey (JBR). Kejayaan Allison membuatkan dia dipanggil sebagai tetamu undangan khas rancangan Larry King Live.

Tetapi Allison tetap berada di tempat kejadian untuk mengesan kesan-kesan yang ditinggalkan penjenayah. Allison tidak hilang dari kedudukannya untuk pergi ke zaman silam. Ini secara langsung membuktikan individu psikik tidak boleh merentas masa.
Pandangan Para Wali Melihat Sejarah Seseorang
Melihat sejarah hidup seseorang dengan cara merenung wajahnya bukanlah tergolong dalam konsep merentas masa. Walaupun si pelihat itu (mungkin wali atau nabi) mampu melihat secara jelas, tetapi ia tidak mampu masuk ke dalam “masa lampau” yang dilihat. Ia hanya mampu menjadi penonton.
Suatu perkara yang mampu diusahakan manusia berkaitan masa ialah mempercepatkan perjalanan. Misalnya, pukul 2.00 petang berada di London, kemudian pukul 2.15 berada di Tokyo. Hanya itulah peluang yang ada untuk diusahakan oleh manusia.
Melajukan pergerakan objek tidak akan terkeluar dari batas masa. Jika objek itu boleh bergerak 100 kali lebih laju dari kelajuan cahaya pada tarikh 23 Januari 2009, maka objek itu tetap akan berada pada tarikh dan hari yang sama juga iaitu 23 Januari 2009.
Maka peluang itu nampaknya jelas kelihatan diambil sepenuhnya oleh Nicola Tesla dalam projek Eksperimen Philadephia.  Telah kami jelaskan sebelum ini dalam artikel yang bertajuk “Cara Asif memindahkan Istana Balqis.”
Kefanatikan Golongan Fizik
Amat menyedihkan apabila pakar-pakar fizik umat Islam boleh terpengaruh dengan dakyah sesat teori Einstein, Wheeler dan Hermann.  Mereka amat kagum dengan susunan fungsi fizik yang penuh nilai estetik.
Mereka berbincang berbicara suatu perkara yang telah ditetapkan dalam lauh mahfudz. Padahal, itu hanyalah pekerjaan yang sia-sia sahaja. Catatan dalam lauh mahfudz adalah kekuasaan Allah. Ianya tidak boleh diubah lagi, ianya tetap tertulis di situ.
Firman Allah SWT;
“(Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran.”
(al-Buruj, 19)
“(lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfudz.”
(al-Buruj, 22)
Kefanatikan golongan fizik lebih kelihatan fanatik apabila suatu pendekatan fungsi fizik diperkenalkan iaitu Wormhole Metric. Secara pokoknya, masyarakat cuba diberitahu bahawa merentas masa itu boleh dilakukan jika pengirannya betul dan formulanya tepat.

Maka disebabkan itu, seringkali kita dihidangkan dengan filem-filem merentas masa yang akan mempamerkan seseorang saintis membuat pengiraan matematik fizik di buku notanya.
Isu Ruang Masa Dalam Buku Muhammad Isa Dawud
Berasaskan ulasan buku Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia yang pernah kami nyatakan sebelum ini, Muhammad Isa Dawud banyak membangkitkan soal masa dan celahan-celahannya. Namun begitu, ulasannya dilihat berhati-hati dan tidak mempersoalkan merentas ke masa lampau.
Antara kes-kes celahan masa yang dimuatkan Muhammad Isa Dawud ialah berkenaan seorang kanak-kanak perempuan bernama Karen yang terjatuh di suatu tempat asing. Dikhabarkan bahawa Karen telah dibawa oleh sekumpulan makhluk seakan-akan manusia meninjau ke kawasan mereka.
Karen merasakan ia berada dikalangan makhluk-makhluk itu dalam tempoh sehari semalam sahaja tetapi, ibu bapanya hanya menjumpai beliau selepas 8 hari pencarian.
Kes ini ditafsirkan oleh Muhammad Isa Dawud sebagai terjatuh di celah masa. Muhammad Isa Dawud juga berandaikan anda kehidupan lain yang jauh di dalam bumi.
Tinggalkan Yang Sia-Sia, Kejar Yang Tersedia
Apakah peranan umat Islam dalam isu time travel ini? Tidak lain tidak bukan ialah jangan membuang masa untuk mencipta mesin merentas masa kerana mesin itu memang mudah dicipta tetapi ia tidak mampu pun bergerak.
Satu perkara yang perlu pakar-pakar fizik Muslim menyibukkan diri adalah berkaitan dengan mencari pendekatan fizik untuk melajukan pergerakan objek dalam period masa yang sama. Pakar-pakar fizik Muslim perlu mencontohi usaha Prof Dr. Yahaya Said al-Mahjari.
Walaupun sekadar teori, usahanya bukanlah untuk mencari bagaimana untuk merentas masa, tetapi ia mencari bagaimana menggerakkan suatu objek ke tempat yang jauh tanpa sebarang pengangkutan seperti yang dilakukan Asif bin Barqiya.
Usaha sebegitu tidak terkeluar dan terlanggar persoalan keimanan kepada qada’ dan qadar Allah.
Wallahu’alam…

Info dari http://ibnuyaacob.com

Mesin Masa ( Bahagian 1 )

Salam.. Hari ni gua nak sambung sedikit berkenaan dengan John Titor dan mesin masa. Tengah2 gua mencari artikel untuk gua mentelaah, gua terjumpa satu artikel berkenaan mesin merentas masa. Info gua dapat ni dari laman web www.ibnuyaacob.com. So mari sama2 kite baca..


Dunia perfileman barat amat beriya-iya mempromosikan filem yang bercorak “merentas masa”. Mereka cuba mengakademikkan angan-angan dengan mencipta pelbagai teori matematik dan fizik. Maka muncullah formula-formula palsu untuk mencipta mesin merentas masa.

Konsep Einstein dalam Teori Relativiti
Dunia kajian merentas masa dari pandangan barat dikatakan dipelopori oleh profesor Yahudi bernama Albert Einstein. Profesor ini dalam kajian-kajian awalnya mengatakan masa boleh direntas sekiranya kita dapat menjumpai ruang masa ini.
Menurut pakar fizik dan astronomi, John Wheeler, Wormhole adalah sejenis ruang perjalanan pintas ke arah tempat yang jauh dan masa. Melalui wormhole, manusia dapat pergi ke satu generasi ke generasi yang lain dalam jarak masa yang singkat.
Manusia juga dapat memilih tarikh, tahun dan tempoh yang dikehendaki untuk pergi ke sana dengan bebas tanpa sebarang gangguan dan sekatan.
Antara filem yang paling mempengaruhi pemikiran masyarakat dunia tentang time travel ialah Back to the Future. Kebijaksanaan seorang profesor yang berimej rambut ala Einstein telah berjaya membantu seorang remaja kembali ke masa lampau.
  
(Dari kiri) Albert Einstein, John Wheeler dan Hermann Wehl
Namun begitu, John Wheeler yang sudah membangunkan teori Wormhole sejak 1957 sendiri tidak mampu memberikan bukti-bukti kukuh untuk menyakinkan masyarakat tentang kemampuan merentas masa.
Wheeler sendiri kelihatan banyak menciplak idea-idea Hermann Wehl dari Jerman yang sudah pun berteori tentang wormhole sejak 1921.
Keghairahan Dunia Akademik Dalam Isu Merentas Masa
Merentas masa adalah satu angan-angan yang cuba direalisasikan oleh dunia akademik barat. Ringkas kata, Dajjal memang tahu ianya tidak akan berlaku tetapi ia mahu masyarakat dunia berusaha ke arah angan-angan kosong yang tidak akan berlaku sehingga kiamat.
Jikapun Allah mengizinkan ada mesin yang mampu merentas masa, maka orang yang paling bermasalah ialah Dajjal itu sendiri. Apakah mungkin syeikh-syeikh Arab sanggup mengeluarkan wang beratus-ratus billion dollar untuk melancong dengan mesin tersebut?
Jika ada orang Islam yang mempunyai mesin masa, sudah pastilah Dajjal akan menghadapi masalah paling besar kerana 10 tahun dari sekarang kemungkinan besar teori bahawa Samiri yang disebut dalam surah Toha adalah Dajjal mungkin sudah banyak terima pakai.
Apabila teori Samiri adalah Dajjal diterima pakai, maka lebih baiklah orang Islam pergi berjumpa dengan Samiri yang mengikut rombongan Bani Israel merentas Laut Merah dan membunuhnya terus. Mungkin itulah yang paling banyak akan berlaku.
Masalahnya, masyarakat Islam tidak mahu menerima hakikat dan masih seronok berteori dengan Teori Relativiti ciptaan Albert Einstein itu. Amat menghairankan…
Bukti Mesin Merentas Masa Tidak Akan Tercipta
#Bukti 1 : Peringatan Rasulullah
Terdapat banyak bukti yang menunjukkan manusia tidak dibenarkan atau diizinkan merentas masa lampau (past) dan pergi ke masa hadapan (future).
Persoalan perkara yang lepas (past), sememangnya wajibak diimani bahawa kita tidak boleh lagi kembali ke masa tersebut. Sabda Rasulullah SAW;
“Rebutlah peluang lima sebelum lima; masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa miskin. Masa hidup sebelum tiba mati.”
Jika masa itu boleh berpatah balik maka tak perlulah Rasulullah SAW bersabda seperti di atas. Adalah lebih baik baginda mengatakan “…kembalilah kamu ke masa lampau untuk memperbetul kesilapan.”
Baginda Rasulullah SAW yang maksum dan penghulu segala nabi sendiri tidak diberikan kelebihan merentasi masa, inikan pula kita manusia biasa yang penuh dengan noda. Hadith di atas jelas menunjukkan ketegasan Rasulullah mengenai masa.
Ia bermakna, seseorang hamba Allah tidak akan dapat mengembalikan waktu-waktu yang telah lepas. Setiap waktu dan saat yang dianugerahkan Allah untuk dilaluinya adalah amat berharga.
#Bukti 2 : Peringatan Allah dalam Al-Quran
Di dalam ayat Al-Quran, Allah SWT menegaskan dengan jelas berkenaan masa;
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta pula berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Al-Asr, 1-2)
Nah, keseluruhan surah ini sudah tepat untuk membalas semua hujah ahli-ahli fizik seluruh dunia yang cuba memperkenalkan teori merentas masa. Tidak perlulah lagi bagi kami menghurai panjang akan ia.
#Bukti 3 : Merentas masa menyalahi konsep taubat
Bukti ke 3 yang menunjukkan mesin merentas masa tidak akan tercipta ialah kerana ia membelakangi konsep taubat. Islam menyuruh umatnya sentiasa bertaubat bukan sahaja kerana dosa tetapi kerana masa tidak boleh berpatah balik.
Konsep taubat ini wujud kerana semua umat Islam harus meyakini bahawa kita tidak boleh kembali ke masa lalu untuk membetulkan semula kesilapan lampau.
Setiap umat Islam disarankan memperbanyakkan taubat tanpa menunggu dosa itu wujud. Ini berdasarkan firman Allah SWT;
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan orang-orang yang banyak mensucikan diri.”
(al-Baqarah, 222)
Firman Allah lagi;
“Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian orang-orang Mukmin, semoga kamu mendapat kebenaran.”
(an-Nur, 31)
Allah telah memberi amaran kepada usaha sia-sia manusia ini dengan mendedahkan bahawa semua urusan peribadi manusia dan takdir masa depannya sudah pun tertulis di dalam Lauh Mahfudz. Allah sudah pun menetapkan bagaimanakah nasib setiap hamba ciptaan-Nya.

Info dari http://ibnuyaacob.com

Kuda

Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaks sambil duduk membaca suratkhabar…..tiba-tiba dtg si isteri membawa tudung periuk….PANG!!….diketuknya atas kepala si suami…..si suami yg terpinga-pinga…..bertanya…..

“Aper hal ngan awak nih….kenapa awak ketuk kepala saya??”….si isteri pun menjawab….”nah! awak tengok nih….” sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama….’Mary’….si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary….dgn tenang si suami menjawab…. “ooo….itu nama kuda yg saya bertaruh semalam…..namanya Mary…..”

si isteri pun agak puas hati dengan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur…..

Selang seminggu berlaku indiden ketuk mengetuk… ketika itu si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu…. PANG!!!…. kali ini dengan lebih kuat lagi!….

si suami pun bertanya…. “aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???” dengan selamba si isteri menjawab….”kuda awak telefon!!”…..

P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat…

Formula Duit & Perempuan


Betulkah ni??

Surat Cuti


Apa pendapat korang?? hehehe

Penyakit Barah dan Kanser

Disini gua nak berkongsi sikit info yang gua dapat dari blog http://bahanpenyebabkanser.blogspot.com
Banyak lagi sebenarnya info yang ada, kalau korang nak tahu lagi bolehlah korang layari blog tersebut.

Barah atau kanser merupakan sejenis penyakit di mana sel tubuh pesakit itu sendiri membiak di luar kawalan dan keupayaan sel-sel tersebut untuk memasuki tisu biologi lain, sama ada melalui pertumbuhan langsung sel bersebelahan atau pemindahan kepada sel jauh (metastasis). Pertumbuhan luar kawal ini disebabkan oleh kerosakan kepada DNA menyebabkan mutasi kepada gen penting yang mengawal pembahagian sel, selain fungsi lain. Salah satu daripada mutasi tersebut, yang boleh diwarisi atau didapati, mampu menyebabkan pembahagian sel luar kawal dan pembentukan tumor ("bengkak" dalam bahasa Latin) merujuk kepada sebarang jisim tidak normal sama ada malignant (barah) atau benign (bukan barah). Hanya tumor malignant mampu memasuki tisu lain atau metastasizing.
Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas.
Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan.
Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan samaada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiognasa, barah biasanya dirawat melalui pembedahan, kemoterapi dan/atau rawatan radiasi.
Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian; barah merupakan punca utama kematian di negara membangun. Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan fakor persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok tembakau mendorong kepada lebih banyak barah berbanding fakor persekitaran yang lain.

Social Network


Cerita pasal social network ni, seingat gua dari gua sekolah lagi mmg meletop-letop la. Asal pergi sekolah je hari cerite pasal awek la balak la dalam social network. Waktu zaman gua sekolah dulu paling top mIRC la, ejas awek, main war mmg hit la kata org, dari masa ke semasa gua tgk berlaku satu evolusi, tapi tetap dalam content yg sama. Kalau dulu mula dengan mIRC kemudian beralih ke Yahoo Massenger lepas tu ke Friendster, Myspace, Tagged, High 5 dan skarang tgah meletop hari2 cerita pasal Facebook. Yang menarik sekarang ni sambil bersosial bleh plak main game, mmg best kan. Itulah realiti kehidupan zaman skarang ni. Ada kebaikan dan keburukan juga sebenarnya bila gua tengok, boleh tambah kawan, buat bisnes sampai boleh untung riban2 dan yang paling gua suka skali ada yang mencari jodoh sampai ke jinjang pelamin, memamg gua respect la. Tapi paling gua tak suka ada yang mencari teman nak "ehem-ehem", memang sungguh tak bermoral.

Sebenarnya atas penilaian masing2 la bile kite nak mencari kenalan ni, ada yang ok ada yang tak berape nak ok, yang penting bijaklah memilih kawan. Tak semua yang kita kenal dari internet ni tak bagus, segolongan kecil saje. Gunakanlah kemudahan yang ada dengan berguna, kerana banyak faedah yang kita boleh dapat dari social network ni sebenarnya.

Laksamana Cheng Ho


Hari ni gua nak stoly moly skit pasal Laksemana Cheng Ho. Cerita pasal Laksemana Cheng Ho ni dari dulu kite zaman kecik2 dah dengar, tapi sapekah beliau??
Beliau Menyelia wilayah Maharaja China Dinasti Ming di Selat Melaka dan Nusantara kerana berada dibawah naungan Maharaja Islam itu. Lihat gambar Naga pada baju baginda. Ayah dan datuk Cheng Ho turut pernah mengerjakan Haji ke Tanah Suci Mekah. Ada catatan yang menyebut Cheng Ho mempunyai 2 orang adinda perempuan. Seorang puteri itu kami ketahui berkahwin dengan Rama Tibodi Parameswara Sultan Rijaluddin ibni Mohammad Johan Syah Al Adil. Permaisuri ini, hari ini kita kenali sebagai Puteri Lindungan Bulan dan baginda bersemayam di Kota Naga, Jenan berhampiran Jitra Kedah. Sementara seorang lagi puteri kami tidak mengetahui (mungkin Samudera Pasai). Namun begitu, sebagai makluman cerita Puteri Lindungan Bulan ini terdapat banyak versi termasuklah versi Acheh. Mungkinkah seorang lagi puteri ini dikahwinkan dengan Putera Raja disana?
Bandingkan saiz kapal layar tentera China yang di ketuai oleh Laksemana Cheng Ho dengan kapal Christopher Columbus. Patutlah kehadiran mereka di Nusantara digeruni kawan dan lawan.

Kalau korang nak tau, Laksemana Cheng Ho ni ada 3 nama iaitu Laksemana Cheng Ho, Man San Bao dan Haji Mahmud Syam

Info dari Blog Sejarah Nagara Kedah

Petua Untuk Yang Susah Tidur

Jika diserang sakit tidak dapat tidur lena pada setiap malam, memang merunsingkan.Badan akan terasa sakit-sakit dan lemah pada sebelah siang.Selalu menguap dan mengantuk.Dalam perkara ini dinasihatkan supaya mencari buah pala.Buah pala itu diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan sedikit air.Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.Dengan izin Allah, orang yang mengalami hal ini akan tidur.

Sumber Dari Lubuk Petua Warisan

Puisi dari suami kepada isteri

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!

John Titor Pengembara Masa

Cerita ni mungkin cerita lama.. tapi gua rasa tak semua org yang tau pasal cerita John Titor ni..
Seseorang yang mengaku dari tahun 2036 datang ke tahun 2000 untuk memposting di forum internet, mengaku sebagai prajurit amerika di tahun 2036 mengembara misi ke tahun 1975 untuk mengambil komputer portable pertama di dunia yaitu IBM 5100, dan mampir di tahun 2000-2001 untuk melihat keluarganya.
adapun pro dan kontra terhadap orang ini di forum menjadi topik hangat waktu tu, kerana dia dapat membuktikan hal-hal yang akan terjadi di masa dpn, dia juga mengupload foto mesin waktu nya, cara kerjanya, dan juga menyebarkan formula ilmiah mesin waktu tersebut di forum.
Beberapa orang di forum mula mengajukan kepada John Titor dgn beragam pertanyaan, kesimpulan yang  dapat bahwa JOhn Titor adalah orang yg cerdas dan mempunya ilmu pengetahuan science yg mendalam, meski JOhn mengaku spesialisasi di History bukan di bidang komputer maupun science.

Siapa John Titor ? Dia mengaku lahir tahun 1998 di florida, dia menjalankan tugas dari tahun 2036 untuk ke tahun 1975 utk mengambil PC IBM 5100, yg menurut dia dimana pc itu terdapat bahasa unix yg dpt memecahkan beragam bahasa unix. menurut dia teknologi di pc itu hanya seglintir org ibm saja yg tahu dan teknologi itu tidak pernah lagi di pasang di pc generasi selanjut nya hingga 2036.
Menurut dia semua sistem unix akan menghadapi time error di tahun 2036, oleh sebab itu IBM 5100 sangat penting.
Hal ini langsung di akui oleh pihak IBM , dan mereka terkejut, kerana hanya 5 org yg mengetahui hal itu, dan itu pun terjadi pada tahun 1975.
Konsep mesin waktu, John mengaku mesin waktu yg di pakai dia adalah C204 yg dpt memuatkan 3 org.. mesin ini dimiliki oleh militer amerika di tahun 2036, dan mesin waktu bukan barang yg aneh di masa dia, ada lagi yg jenis lebih besar yaitu C206 yg di buat oleh GE (General Electric) dapat naik sampai 7 orang. Mesin ini hanya mampu membawa mereka maksimum 60tahun ke masa silam dgn kecepatan 10tahun per jam.
Teori mesin waktu menurut John Titor,

    * Apapun yg saya lakukan dgn pergi ke masa silam tidak akan merubah masa depan saya, kerana kita hidup di dimensi yg berbeza. Jadi menurutnya masa depan adalah keputusan. apa pun keputusan yg dibuat, di masa depan sudah ada jawapan nya.
    * Mesin waktu sangat berat, bentuk nya panjang dengan keberatan mencapai 500kg, dia harus meletakkan alat itu di dalam kenderaan dgn suspensi yg kuat, dan jika di nyalakan akan terbentuk satu lubang hitam kecil yg seakan-akan donut. dan masa itu lah semua akan dihisap kedalam lubang hitam itu termasuk kenderaannya menuju ketempat tujuan, perjalanan akan sangat panas, susah untuk bernafas, dan bila sampai ke tempat tujuan anda nanti, akan ada benda atau tembok yg menghalangi kehadiran anda di titik point yg sama maka automatik mesin waktu akan switch off. jadi anda tidak pindah dari 1 titik ke titik yg lain, tapi anda pindah ke dimensi yg lain.
    * Hukum fizik Kuantum Everett-Wheeler adalah teori yg benar untuk mesin waktu, model ini juga bisa disebut “Many-Worlds Interpretation” atau dgn kata lain banyak hasil kemungkinan yang akan terjadi di masa depan berdasarkan keputusan saat ini, contoh nya, jika saya kembali ke tahun 1975 untuk membunuh abang saya, lalu saya kembali ke 2036, saya akan tetap eksis, begitu juga dengan orang tua saya. tetapi di dimensi tahun 1975 dan masa depan nya saya dan orang tua saya tidak eksis. ini lah yg disebut many worlds interpretation.

Gambar2 mesin masa John Titor yang gua jumpa dari Internet




John dalam posting nya tidak pernah memberi prediksi secara langsung, hasil prediksi berikut merupakan rangkuman daripada yg telah menjadi bahan perbincangan John selama 5 bulan dari november 2000 – march 2001.John menyebutkan initial Tipler dan Kerr ,ilmuwan yang akan berpengaruh dgn mesin waktu. Nama kedua orang ini terbukti kebenarannya dan ternyata mereka wujud dan mereka adalah profesor fizik.

   1. Konsep dasar mesin waktu akan di kemukakan oleh CERN di tahun 2001, kenyataanya di tahun 2000-2001 blom banyak yg tahu tentang organisasi CERN, dan ternyata benar pd tahun 2001 CERN menyatakan menemukan konsep black hole, dimana ini akan menjadi dasar mesin waktu.
   2. John Titor memberikan rincian mesin waktu yang dia pakai kpd kita,yg berisi Magnetic housing units for dual microsignularities, Electron injection manifold to alter mass and gravity of microsingularities, Cooling and x-ray venting system, Gravity sensors (VGL system), Main clocks (4 cesium units), Main computer units (3). Para ilmuwan skrg menyatakan dgn mesin dan cara operasi yg disampaikan John berkemungkinan untuk melakukan timetravel.
   3. Jangkaan tepat John ttg amerika, mulai tahun 2004 USA akan mula terjadi perang saudara, dimana antara tahun 2004-2008 terjadi demonstrasi dan pergolakan di dalam USA, tahun 2008-2015 puncak dari perang saudara itu.
   4. Perang dunia 3 akan di mulai tahun 2015, dia menyatakan Rusia akan menyerang amerika dgn nukler di tahun 2015, automatik perang saudara di amerika berhenti dan mereka bersatu melawan russia dan nanti amerika akan terbentuk menjadi 5 bahagian negara dengan presiden disetiap bahagian negara masing2 dengan ibukota berpindah ke nebraska. Menurut dia kota2 besar di amerika akan hancur begitun di eropa,CINA, timur tengah. Sedangkan negara2 yg tidak terlibat perang dunia ke 3 adalah amerika selatan dan australia, NZ. Perang ini akan menghilangkan 3 juta populasi dunia.
   5. Penyakit sapi gila akan merebak dan makin parah di tahun 2036, karena penyakit ini dapat berdiam dalam tubuh manusia selama 30tahun lebih dan mulai beraksi saat kita menjelang tua, penyakit AIDS belum ada ubatnya, penyakit kanser sudah boleh di atasi dgn menggunakan virus melawan kanser itu sendiri (teori kanser ini sudah terbukti di zaman kita).
   6. Makanan dan air bersih sangat sukar di dapati akibat radiasi nukler, di tahun 2036 setiap orang akan sangat berhati2 dengan makanan/minuman, John menyatakan dia sangat takut di tahun 2000-2001 dimana melihat orang dpt memesan makanan sesuka hatinya spt di fastfood tanpa memriksa kesihatan makanan tersebut.
   7. Dimasa depan kehidupan bertani akan kembali,religi akan menjadi sangat kuat, banyak orang yg menyesalkan PD3 hanya karena permainan politik.
   8. John pernah menyatakan di NY akan ada gedung pencakar langit yang akan hilang dalam tarikh (9/11) dan tidak ntakan nya Senjata pemusnah penyebab di timur tengah (iraq) punca politik amerika untuk berperang.
   9. Perkembangan IT akan sangat berkembang, dia menyatakan bahawa  banyak org akan membuat video mereka sendiri dan di upload ke internet (youtube) lalu sistem internet nanti akan independen dgn hanya menggunakan alat kecil dgn tenaga matahari dapat memancarkan signal sejauh 60batu (wi-max)
  10. Di tahun 2036 tenaga hydrogen dan tenaga panas matahari sangat penting dan lebih efisien
  11. Anda sekarang akan melalui bencana yg menakutkan, cuba anda fikirkan kembali apa yg ditakuti 1- 1,5 tahun yg lalu (tahun 1999), menurut penulis di forum yg di maksud adalah bencana y2k, mereka menyatakan bahwa John telah kembali ke tahun 1975 untuk memberitahu para ilmuwan ttg bencana y2k.
  12. Menurut John, kehidupan sosial masyarakat sekarang adalah sangat parah, karena kita semua sangat malas, ego, individualis, acuh untuk bersosialis seperti domba dan banyak org yg menghabiskan waktu untuk hal2 yg tak berguna. Cuba lah utk bangun dan melihat keadaan disekeliling kita, kedudukan alam semakin rosak.
  13. Di tahun 2036 tidak ada organisasi kesihatan yang akan melindungi mu, jadi jika anda sakit parah, siap2 gali lubang kubur sendiri.
  14. Suhu di dunia akan menjadi lebih dingin.
  15. Saya tahu tentang jangkaan bangsa maya ttg tahun 2012, yah memang sesuatu hal yg unik akan terjadi, kira2 seperti cerita ttg laut merah dan org mesir. tapi itu tidak membuat dunia ini kiamat.
  16. Yahoo and microsoft is no longer exist in 2036.
  17. MARS AND UFO, sampai tahun 2036 kita masih tidak dijumpai di marikh, begitu pun ttg ufo masih menjadi misteri, walaupun para ilmuwan di tahun 2036 pernah menyatakan bahwa ufo/alien juga adalah timetraveler dari masa depan dan alien adalah bangsa manusia yg telah berevolusi akibat perubahan alam/radiasi/perang, mereka para alien memiliki struktur tubuh dan organ2 internal yg sama dengan manusia.


tips dari John Titor

    * Jangan makan atau menggunakan produk dari binatang yg di beri makan atau makan bangkai sesamanya.
    * Jgn cium atau berhubungan intim dgn org yang anda tidak kenal.
    * Belajar lah dasar sanitasi dan penjernihan air
    * Biasakan lah menggunakan senjata api, belajar menembak dan membersihkan senjata api.
    * Selalu sediakan kotak p3k dan belajarlah tuk menggunakannya
    * Cari lah 5 org kawan yg anda percaya dalam radius 100batu dan selalu berhubung.
    * Ambilah salinan Undang-undang US dan baca lah
    * Kurangkan makan
     * Fikirkanlah apa yg mesti kamu bawa jika kamu harus meninggalkan rumah dalam waktu 10 minit dan tak akan pernah kembali lagi.

John Titor pernah meminta ayahnya untuk merakam proses time machine saat dia pakai untuk kembali ke tahun 2036 dan di upload ke internet melalui pengacara keluarganya Larry Harber, tapi entah kenapa rakaman video itu tidak jadi di upload, ada yg gitau rakaman itu telah di ambil oleh pihak intelijen amerika.

Saat john kembali ke 2036, tak lama keluarga titor pindah ke Nebraska, seminggu sesudahnya terjadi badai topan ganas melanda florida dan menghancurkan tempat tinggal titor di florida.
Saat ini keluarga Titor dirahsiakan kedudukannya, dan bagi orang awam yg ingin berhubung dgn keluarganya dapat melalui pengacaranya Larry Harber.

Itu adalah petikan dari cerita John Titor yang mengembara dari dari tahun 2036 ke 1975.. Tapi sehingga kini belum ada kesahihan pasal pengembaraan John Titor tu, kerana John Titor hilang begitu saja... Tidak muncul lagi di forum sehingga hari ini.. Siapakah John Titor?? Betulkan dia mengembara dengan mesin masa..

Albert Einstein di katakan gila kerana cuba untuk mencipta mesin masa.. Cerita orang beliau mati sebelum menyiapkan mesin masa dia.. Hanya tinggal 10% lagi nak siap.. kagum jugak gua.. Einstein menulis formula dia di dinding tapi sampai ke hari ni org masih tak faham formula Einstein tu...

Gua ada juga bertanya2 pada org pasal teori mesin masa Einstein ni.. ada sesetengah pendapat mengatakan mungkin betul apa yang Einstein buat.. Sebab tu dia mati sebelum siap.. sebab dia cuba nak melawan hukum Tuhan..  Sampai ke hari ni gua tertanya2 dan terus mencari artikel2 berkenan dengan mesin masa ni.. Sebab cerita John Titor tentang penemuan black hole oleh kumpulan CERN mmg tepat.. John Titor bercerita sebelum CERN jumpa Black Hole.. Kagum2..

Wallahula'am.. Hanya Dia sahaja yang maha mengetahui..

Stacy Sedih Kereta Remuk


Apa boleh buat benda nak jadi.. Tulah yang terjadi kat kereta stacy yang remuk akibat eksiden ketika di pandu oleh abangnya Chelton.. Abang Stacy gagal mengawal dan melanggar pembahagi jalan.. Mungkin laju la tuh.. Menurut sumber dari Harian Metro ketika di hubungi Stacy sedih dan ralat apabila mendapat tahu tentang kemalangan itu.. Yer la kan baru setahun kereta dia tu.. Di hadiahkan pulak tu kan.. kalau gua pon sedih derr.. Chelton bernasib baik kerana terselamat walupon mengalami kecederaan teruk hingga patah kaki.. Sabar je la yer Stacy.. apa boleh buat benda nak jadi.. Sape yang nak eksiden sesaje kan?? Pesanan gua kepada pemandu2 di jalan raya.. Pandulah kenderaan anda dengan berhati2, ingatlah orang yg tersayang, sayangilah nyawa dan kenderaan anda..

Ceritera Bermula

Akhirnya.. berjaya juga gua siapkan blog ni.. and ni pos yg pertama dari gua.. hehehe walaupon tak seberapa sempoi sangat.. tapi bolehla.. janji up je.. hehehe.. Biaser la kan org tak pandai mmg la camni.. Ape2 pon selamat melayari la gua ucapkan pada yg sudi jenguk2 ke sini.. Gua akan mula update blog ni dari masa ke semasa mengikut perkembangan dunia masa kini.. ewahhh.. tersopan la plak.. hehehehe.. So tunggu cerita2 yg tak berapa nak gile dari gua nanti yer.. bye2..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More