Tentera Thailand gempur Baju Merah

Hari ni waktu gua tengah belek2 surat khabar gua terjumpa cerita dari negara jiran kite Thailand. Jadi gua nak share info yang gua dapat dari Utusan Malaysia ni untuk tatapan kite semua. Harap-harap negara kite tak jadi sampai macam ni.


Beberapa orang wartawan membantu rakan mereka serta seorang anggota tentera Thailand yang cedera selepas terkena letupan bom tangan ketika tenteta Thailand menggempur kubu kumpulan Baju Merah di Bangkok, semalam. - reuters


BANGKOK 19 Mei - Tentera Thailand menggempur kubu penunjuk perasaan antikerajaan di tengah kota Bangkok hari ini, mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang maut termasuk seorang wartawan Itali, manakala kira-kira 60 lagi cedera.
Tiga wartawan lain turut cedera.
Menurut saksi, sekurang-kurangnya enam mayat ditemui di dalam sebuah kuil Buddha, Wat Pathum Vanaram di zon protes.
Beratus-ratus penunjuk perasaan lari menyelamatkan diri ke kuil itu semasa tentera menggempur penunjuk perasaan antikerajaan. Tiga bom tangan meletup di luar tapak protes utama, menyebabkan seorang wartawan asing dan dua askar turut cedera parah.
Tindakan tentera itu memaksa para pemimpin Baju Merah menyerah diri kepada polis.
Penunjuk perasaan antikerajaan bertindak balas dengan melancarkan rusuhan dan membakar bangunan-bangunan penting di ibu negara Thailand ini.
Lebih 20 bangunan termasuk bangunan bursa saham Thailand, kompleks gedung membeli-belah kedua terbesar di Asia Tenggara iaitu Central World dan stesen televisyen Channel 3 dibakar menyebabkan kira-kira 100 kakitangan terperangkap di dalam bangunan itu.
Rusuhan turut merebak ke sekurang-kurangnya lima kawasan lain di bandar raya yang mempunyai 15 juta penduduk ini.
Bekalan elektrik terputus di Sukhumvit Road, kawasan yang menempatkan kompleks kediaman mewah dan biasanya sesak dengan pelancong, hanya beberapa jam selepas tentera mengumumkan situasi me libatkan penunjuk perasaan sudah terkawal.
Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva mengumumkan perintah berkurung di Bangkok mulai 8 malam ini (9 malam waktu Malaysia) sehingga 6 pagi esok (7 pagi waktu Malaysia) bagi membolehkan pasukan keselamatan menjalankan tugas mereka.
Kekacauan itu berlaku selepas tentera dengan bantuan kereta berperisai merempuh benteng tayar buruk dan buluh runcing yang didirikan oleh Baju Merah sebagai kubu mereka di tengah kota Bangkok awal pagi ini.
Tentera melepaskan tembakan senjata automatik dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang menduduki pusat perdagangan di ibu kota ini sejak lebih enam minggu lalu.
Ketika mereka mengepung kawasan protes utama itu, para pemimpin mereka membuat tawaran untuk menyerah diri sementara penyokong mereka menggesa mereka supaya meneruskan perjuangan.
Sejurus kemudian, siaran televisyen menunjukkan empat pemimpin Baju Merah berada dalam tahanan polis dan seorang jurucakap tentera mengumumkan tapak protes sudah dikuasai oleh tentera dan operasi tentera dihentikan.
Namun, tindakan itu ternyata gagal membendung kekacauan, setelah tercetus pertempuran jalanan sejak enam hari lalu antara penunjuk perasaan dengan tentera yang telah meragut 39 nyawa dan mencederakan 329 yang lain.
Keganasan turut merebak ke kubu Baju Merah di timur laut Thailand apabila penunjuk perasaan menggempur sebuah kompleks majlis perbandaran di bandar Udon Thani lalu membakar sebuah bangunan, dan sebuah lagi dewan perbandaran di Khon Kaen. - Reuters

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More