Mengenali Lelaki Teruna


Zaman sekarang ni cukup susah nak mencari lelaki yang masih teruna, kebanyakkannya dah takdak teruna. Di bawah gua bagi tips sikit kat gadis-gadis untuk mengenali lelaki yang masih teruna.

  • Lelaki teruna membosankan apabila bercinta, gayanya agak "nerd". gemar berlagak untuk menarik pasangannya.
  • Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.
  • Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.
  • Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.
  • Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan.
  • Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja.
  • Lelaki teruna terlalu sensitif, mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.
  • Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik, lelaki teruna seperti "kena interview" apabila bercakap dan badannya kaku.
  • Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik, mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.

    P/S : Memang ada pada gua la semua tu.. Ngee~

Tempat Letak Basikal Tercanggih Di Dunia

Memang canggih, tak di nafikan kecanggihkan yang ada pada orang-orang jepung ni, sampaikan tempat letak basikal pon di buat canggih-canggih bagi megatasi masalah kekurangan tempat letak basikal, ye la kan kat sana diorang banyak pakai basikal dari naik kereta @ motor.







Apa pendapat korang??

5 Alasan Orang Tak Puasa



Setelah di buat kaji selidik sepanjang bulan Ramadhan ni. Gua dapat 5 alasan dari orang yang tak puasa. Soalan yang sama gua tuju kat bebarapa kenalan yang tengah sempoi hisap rokok dan makan depan gua. Soalannya "Kenapa hang tak puasa??"


Dan ini antara jawapan yang gua dapat dari mereka.

Jawapan 1. Hari aku tak mangkit soqlah ( bangun sahur )
Yang Bestnya - Bulan-bulan biasa gua tengok takde lah dia makan & minum sangat pon, kadang-kadang gua tengok malam ni makan nasi pukul 12.00 a.m sampai ke 12.00 a.m keesokkannya pula baru gua tengok dia makan. Tapi kenapa bulan puasa dia tak tahan pula.. Huurrmmm

Jawapan 2. Hari ni panas sangatlah bro.. Aku tak tahan dahaga gila.
Yang Bestnya - Tak tahan panas dalam rumah ja pon. Bukan dia keluar kemana-mana pon. Lainlah kalau buat kerja kontrak ke..

Jawapan 3. Semalam aku makan apa ntah. Sakit perut sampai sekarang ni, ni pon dah dekat 12 kali aku bertapa dalam toilet.
Yang Bestnya - Sakit perut tak terhingga, tapi boleh pula keluar berjalan merata tempat. Aku jumpa dia pon kat Tesco.

Jawapan 4. Semalam last aku hisap rokok, lepas tu aku terus tidoQ, bangun pagi tadi rasa kering sangat tekak.
Yang Bestnya - Apa pasal semalam?? Kenapa tak bangun sahur. Nampak sangat memang dah set tak nak puasa.

Jawapan 5. Aku tak tahan la bro tadi diorang hisap rokok ramai-ramai depan aku, Pastu minum air pulak. Mana tahan bro.
Yang Bestnya - Dah diorang tak puasa yang hang duduk kat situ jugak buat apa kalau dah rasa diri tu tak tahan. Blah la pi mana-mana dulu.

Itulah antara jawapan-jawapan yang gua terima dari mereka yang tak puasa. Ada pula gua penah jumpa dengan sorang brother ni, pada bulan biasa cukup susah nak merasa dia belanja tapi pada bulan biasa cukuplah pemurah belanja makan tengah hari. Hahaha.. Macam-macam alasan dan karenah dari manusia untuk melepaskan diri, kadang-kadang terasa lucu pon ada.

P/S : Bangunlah sebelum terlambat

DELETE DOSA,
UPLOAD PAHALA,
DOWNLOAD KESABARAN,
UPGRADE KEIMANAN,
BROWSING KEBAIKAN,
UPDATE AMALAN,
SHUTDOWN PERMUSUHAN,
RESTART PERSAUDARAAN, dan
SELALU ONLINE KAN HATI KITA DI JALAN ALLAH S.W.T.
AWAS VIRUS SETAN SUPAYA SOFTWARE HATI DAN JIWA MENJADI TENANG!

Tiada Halangan Untuk Bersolat Di Mana Saja

Pelbagai alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor kenapa pakai?) , tak sempat lah, tak ada masjid/surau dan yang paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat kononnya takut dipanggil alim sedangkan solat adalah kewajipan kita.

Peringatan untuk diri gua sendiri juga anda – tiada alasan untuk ponteng solat. Malaikat di bahu kiri kita tidak pernah jemu mencatatkannya



Semoga gambar-gambar di bawah memberi sedikit keinsafan kepada kita supaya tidak lalai menunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba.






Di negara kita susah nak cari orang yang bersolat di tempat yang terbuka.. Nak kena cari Masjid @ Surau baru boleh bersolat..

Paris Hilton Memeluk Islam??



Paris Hilton telah masuk islam,perkara ini disahkan oleh Ian Brinkham iaitu jurucakap Paris pada CBS News.
“Dia memikirkan hal tersebut sejak lama dulu dan ketika ia dipenjara di Pemulihan Penahanan Century Regional pada tahun 2007, ia telah menemui beberapa orang yang memeluk islam ” Ujar Brinkham.

Dengan menjadi muslim, Paris Hilton telah memutuskan untuk menghindari kehidupan lamanya sebagai selebriti dengan kehidupan bebas dan berfoya-foya.

Ketika bercakap dari pusat  Islam di Jeddah, ia berkata: “Saya telah menemui kedamaian sesungguhnya dalam kehidupan saya, saya dulu dikenal sebagai wanita malam, dan kurang bermoral, tapi sekarang semua itu telah berubah. Alhamdulillah.. “

Hilton akan  kembali ke Los Angeles minggu depan untuk mendirikan sekolah Islam di pusat Beverly Hills yang glamour itu.

“Lupakan saja tentang Scientology atau Kaballah. Ini adalah agama terbaik yang pernah ada sekarang. saya tidak akan mengenakan tali merah di pergelangan tangan atau berjalan-jalan seperti robot yang berbicara tentang Xenu. Islam adalah agama yg wajib dianuti. dan saya akan menyebarkan ayat ayat Al-Quran kepada semua orang, “kata Paris Hilton bersemangat.

Paris Hilton juga akan mengubah namanya menjadi ‘Tahirah’. sebuah kata dalam bahasa Arab yang bererti’murni, atau suci’.

Sekolah Islamnya akan dimulai pada bulan Julai akan datang dan pastinya akan terpaksa mencuri tumpuan artis Hollywood lain.



Alhamdulillah semakin ramai artis yang mendapat hidayah sekarang ini..

Pertandingan Reka Bentuk Tin Nescafe Chillah


Pertandingan reka bentuk tin Nescafe Chillah.. Pemenang akan mendapat hadiah RM10,000 dan design akan di cetak pada tin Nescafe seluruh dunia.. So pada geng2 Designer sekalian tunggu apa lagi.. Try lah.. Mana nak tau kot2 rezeki korang.. Sebarang maklumat korang bleh dapat kat Nescafe Chillah Tin Can Design.. Gua pon nak join... Grrrr........

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More