Tiada Halangan Untuk Bersolat Di Mana Saja

Pelbagai alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor kenapa pakai?) , tak sempat lah, tak ada masjid/surau dan yang paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat kononnya takut dipanggil alim sedangkan solat adalah kewajipan kita.

Peringatan untuk diri gua sendiri juga anda – tiada alasan untuk ponteng solat. Malaikat di bahu kiri kita tidak pernah jemu mencatatkannya



Semoga gambar-gambar di bawah memberi sedikit keinsafan kepada kita supaya tidak lalai menunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba.






Di negara kita susah nak cari orang yang bersolat di tempat yang terbuka.. Nak kena cari Masjid @ Surau baru boleh bersolat..

Paris Hilton Memeluk Islam??



Paris Hilton telah masuk islam,perkara ini disahkan oleh Ian Brinkham iaitu jurucakap Paris pada CBS News.
“Dia memikirkan hal tersebut sejak lama dulu dan ketika ia dipenjara di Pemulihan Penahanan Century Regional pada tahun 2007, ia telah menemui beberapa orang yang memeluk islam ” Ujar Brinkham.

Dengan menjadi muslim, Paris Hilton telah memutuskan untuk menghindari kehidupan lamanya sebagai selebriti dengan kehidupan bebas dan berfoya-foya.

Ketika bercakap dari pusat  Islam di Jeddah, ia berkata: “Saya telah menemui kedamaian sesungguhnya dalam kehidupan saya, saya dulu dikenal sebagai wanita malam, dan kurang bermoral, tapi sekarang semua itu telah berubah. Alhamdulillah.. “

Hilton akan  kembali ke Los Angeles minggu depan untuk mendirikan sekolah Islam di pusat Beverly Hills yang glamour itu.

“Lupakan saja tentang Scientology atau Kaballah. Ini adalah agama terbaik yang pernah ada sekarang. saya tidak akan mengenakan tali merah di pergelangan tangan atau berjalan-jalan seperti robot yang berbicara tentang Xenu. Islam adalah agama yg wajib dianuti. dan saya akan menyebarkan ayat ayat Al-Quran kepada semua orang, “kata Paris Hilton bersemangat.

Paris Hilton juga akan mengubah namanya menjadi ‘Tahirah’. sebuah kata dalam bahasa Arab yang bererti’murni, atau suci’.

Sekolah Islamnya akan dimulai pada bulan Julai akan datang dan pastinya akan terpaksa mencuri tumpuan artis Hollywood lain.



Alhamdulillah semakin ramai artis yang mendapat hidayah sekarang ini..

Pertandingan Reka Bentuk Tin Nescafe Chillah


Pertandingan reka bentuk tin Nescafe Chillah.. Pemenang akan mendapat hadiah RM10,000 dan design akan di cetak pada tin Nescafe seluruh dunia.. So pada geng2 Designer sekalian tunggu apa lagi.. Try lah.. Mana nak tau kot2 rezeki korang.. Sebarang maklumat korang bleh dapat kat Nescafe Chillah Tin Can Design.. Gua pon nak join... Grrrr........

Apabila kucing dalam keadaan serius



Kebiasaannya kita melihat rupa kucing memang comel.. Tapi bagaimana pula rupa kalau kucing menjadi serius.. Grrrrr....















Boleh tahan garangnya.. Hehehehe...

Siapa di sebalik Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Assalamualaikum, kisah Makcik Hajjah Sitt AlWuzarayang menghina Islam memang panas dan memanaskan hati ramai umat Islam di Malaysia. Fenomena Murtad di Malaysia memang terus menjadi misteri kerana tiada yang berani bertindak hanya kerana menjaga sensitiviti beragama di Malaysia. Tiada tindakan menyebabkan manusia seperti Makcik Hajjah Sitt AlWuzara berani menghina Islam dengan berselindung di belakang Blog, Twitter dan Facebook.


Sumber gambar dari Website GaySec

Terima kasih kepada GaySec yang berusaha keras menyingkap siapa Makcik Hajjah Sitt AlWuzara melalui #OpsRamadhan. Nak tahu detail siapa dan bagaimana Makcik Hajjah Sitt AlWuzara didedahkan terus je ke lawan website GaySec @http://www.gaysec.org/ atau  http://www.scribd.com/doc/6179​9442/Hajjah-Sitt-Al-wuzara2. Geram juga aku tengok minah ni tapi mari kita doakan semuga ALLAH SWT beri hidayah pada beliau dan semua geng-geng murtad kat Malaysia ni.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak



Assalamualaikum Gengs.. Fuhhhh.. Lama gila gua tak update blog ni... Bz la katakan.. Di kesempatan ini gua nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua rakan2 dan sahabat2 gua.. Mudah-mudahan puasa tahun ni penuh la yer.. Gua pon tak tinggal lagi nie... kalau tahun lepas gua dah burn dah sehari dua... ahahaaha...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More